×

Warning

JUser: :_load: Unable to load user with ID: 42

Ust. Fathul Bari - Demonstrasi Jalanan Bukan ajaran Islam

1655
Created on 01 March 2012
103 likes

Description

Hadis yang dimaksudkan telah dimanipulasi oleh sebahagian pihak tersebut adalah (maksudnya): قال رجل يا رسول الله، إن لي جاراً يؤذيني، فقال: "انطلق. فأخرج متاعك إلى الطريق". فانطلق فأخرج متاعه، فاجتمع الناس عليه، فقالوا: ما شأنك؟ قال: لي جار يؤذيني، فذكرت للنبي صلى الله عليه وسلم فقال: "انطلق. فاخرج متاعك إلى الطريق" فجعلوا يقولون: اللهم! العنه، اللهمّ أخزه. فبلغه، فأتاه فقال: ارجع إلى منزلك، فوالله لا أوذيك. Seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya jiranku menyakitiku." Sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, "Pulanglah, dan keluarkan barang-barang kamu serta letakkannya di jalan." Maka lelaki itu pun pulang dan mengambil barang-barangnya lalu meletakannya di jalan. Maka orang ramai pun berkumpul di sekitarnya sambil bertanya, "Apa yang berlaku kepadamu?" Dia menjawab, "Jiranku menyakitiku lalu aku ceritakannya kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Beliau pun berkata, "Pulanglah, dan keluarkan barang-barang kamu serta letakkannya di jalan."" Maka mereka (orang-orang di situ) pun berkata, "Ya Allah laknatilah dan hinalah dia." Rupanya dalam masa yang sama perkara tersebut didengari oleh jirannya tersebut. Maka ia pun segera menemuinya dan berkata, "Kembalilah ke rumahmu, demi Allah aku tidak akan menyakitimu lagi." (Hadis Riwayat al-Bukhari, al-Adab al-Mufrad, 1/56, no. 124. Dinilai sahih oleh al-Albani) Secara umum, menggunakan hadis ini untuk diqiyaskan kepada perbuatan demonstrasi terhadap pemerintah adalah sama-sekali tidak tepat dan bathil. Kerana soal bermu'amalah terhadap pemerintah itu telah ada dalil-dalilnya yang bersifat khusus lagi tersendiri. Sekiranya kita menerima hadis ini (yang khusus dalam persoalan adab sesama jiran), di mana pula kita akan lemparkan kekhususan hadis-hadis berkaitan taat pemerintah tersebut? Perbahasan lanjut untuk hadis demonstrasi, rujuk di sini, http://an-nawawi.blogspot.com/2011/02/amankah-demonstrasi-di-bumi-mesir.html dan di sini, http://an-nawawi.blogspot.com/2010/10/amalan-demonstrasi-bukan-ajaran-islam.html

Tags

Associations

Back to Top